Kepercayaan Anda


KEPERCAYAAN MERANGSANG KEBERHASILAN

Dalam perniagaan MLM ini,sebelum anda memutuskan untuk memulakan bertindak terhadap pelanggan atau prospek anda - bertindaklah dengan menanamkan kepercayaan anda yang perniagaan yang sedang anda lakukan ini akan menghasilkan keberhasilan bukan satu tindakan yang meragukan.

Kenapa saya katakan begitu!
Dalam perniagaan MLM - besarnya ,hebatnya ,kuatnya kepercayaan anda dalam perniagaan yang sedang anda usahakan akan memberikan rangsangan serta akan mendorong prospek anda melakukan seperti anda malah mungkin lebih Hebat dari anda ..
Sebenarnya,dalam setiap pengucapan saya...sentiasa saya ucapkan setiap PELUANG datangnya dari KEPERCAYAAN..jika anda percaya syarikat ini - produk atau plan pemasarannya , upline serta orang yang disekelilingnya dapat menembusi pemerhatian lalu mendorong anda - anda akan melakukan perniagaan ini tanpa ragu-ragu lagi..

Mengapa pemerhatian ini boleh mendorong anda serta orang lain dalam perniagaan ini..
 Ini disebabkan oleh SISTEM KEPERCAYAAN yang ujud dari kotak pemikiran anda yang -ve pada asalnya beralih kepada tindakan yang +ve yakni anda YAKIN ANDA PASTI BOLEH , PASTI SUKSES ini yang mendorong anda ..
Secara ilmiahnya,pemikiran -ve adalah KEMUSNAHAN atas yakinnya anda itu dengan tindakan serta kemampuan anda ! kekuatan kepercayaan tadi boleh bertukar -ve kepada +ve iaitu KEJAYAAN..
Dan ini berlaku atas sumber yang ada untuk membantu anda mencapai keputusan atas dasar BERJAYA atau SUKSES dalam perniagaan ini

Katakan ini pada diri anda...

      contohnya :

      1. SAYA PERCAYA SAYA BOLEH BERJAYA! - bermaksud Anda YAKIN! ini menjelaskan Satu PERASAAN atau EMOSI yang kita YAKIN! terhadap yang akan atau sedang anda lakukan..


      2. SAYA PERCAYA SAYA SEORANG BERTANGGUNGJAWAB! - bermaksud Anda YAKIN! iaitu Saya yakin saya bertanggungjawab terhadap sesuatu itu..

      Begitulah...SISTEM KEPERCAYAAN BOLEH MERANGSANG KEBERHASILAN..



Dalam Menghasilkan Kepercayaan apa yang membezakan Pandangan ( Part 1 ) :

1. TUTUPI PANDANGAN ANDA DENGAN KEPERCAYAAN setiap persembahan anda terhadap pelanggan atau prospek anda…

      Kenapa saya berkata begini?

      Dalam perniagaan ini ramai orang GAGAL dalam membuat persembahan terhadap prospek anda khususnya kerana suka memberi pandangan bukan kepercayaan.
    
Apakah maksud pandangan itu?

      Pertamanya,

      Anda tidak menyampaikan keistimewaan produk tanpa fakta sebenarnya bahawa produk itu satu keperluan.

      Anda perlu ada katalog yang telah sedia ada apabila menyampaikan keperluan produk itu yang telah di senaraikan keistimewaannya kerana...

      jika anda gagal menyediakan katalog tersebut yang mungkin anda anggap “tak payah” sebenarnya ini yang di perlukan kerana apabila anda menggunakan katalog produk ia memberikan satu kepercayaan yang anda bercakap atas dasar fakta keperluan atas kajian klinikal sesuatu produk itu.

      Dan,

      apabila bercakap selitkan kenapa? produk kesihatan sekarang adalah keperluan yang anda boleh ambil dari keratan akbar contohnya utusan pengguna ,majalah kesihatan atau melalui kajian anda melalui internet.

      Serta TESTIMONI PRODUK yang nyata produk ini telah terbuti berkesan di pasaran .

      Keduanya,

      Apabila anda menerangkan plan pemasaran.

 Sampaikan berserta dengan buku nota plan pemasaran yang sedia ada kerana di dalam buku tersebut , di sebut Jangkaan pendapatan pengedar dan ringkasan plan pemasaran yang di permudahkan yang akan meyakinkan propek plan ini bukan plan untuk perniagaan sementara dan tunjukkan bahawa individu-individu yang berjaya dalam perniagaan ini.

      Dan,

      Yang paling penting anda perlu menyampaikan plan pemasaran dengan cara yang mudah dan ringkas bukan berbelit-belit.
      Gunakan kertas yang bersih atau kosong serta tulis dengan tulisan yang jelas.

      Ketiganya,

      Apabila menerangkan produk ataupun plan pemasaran.Jelaskan dengan nada yang ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam persembahan anda.

      Jangan sampaikan dengan sambil lewa kerana anda di perhatikan oleh prospek anda atas kesungguhan anda untuk membantu mereka.

      Dan,

      yang terbaiknya sediakan komputer riba atau laptop kerana kesan penyampaian anda sungguh berbeza kerana anda mempunyai data yang sudah lengkap untuk persembahan anda dan bukti komitment anda ,bahawa anda sungguh-sungguh dalam perniagaan ini.

Jika Anda memyampaikan sesuatu, mampukanlah diri Anda untuk melakukan yang terbaik ,yakin dan penuh kepercayaan bahawa anda melakukan sesuatu yang benar serta betul untuk kehidupan anda , karena jika tidak – itulah yang akan menjadi batas pandangan anda terhadap impian anda.

      Dan,
      ingatan saya sesiapa yang bekerja dengan majikannya…
      di Saat Anda melihat gaji dan pendapatan Anda, mampukanlah diri Anda untuk melihat diri Anda yang anda sepatutnya dihargai lebih tinggi dari yang sebenarnya…bukan seperti mana anda hari ini…




 TUTUPI PANDANGAN ANDA DENGAN KEPERCAYAAN - ( Part 2 ) :

Saya bertanya kepada anda?..

      Apabila anda mula-mula mendaftar sebagai ahli dalam menjalankan perniagaan MLM ini apakah yang di fikirkan dan apa impian anda…

      sudah pasti…

      Anda akan melihat ini adalah ruang dan peluang anda untuk mengubah kehidupan anda yang selama ini yang susah ,yang serba kekurangannya ,yang sederhana dengan menjelmakan pelbagai impian yang besar-besar..

      Rumah besar…
      Kereta besar..
      Dan pelbagai yang impian..yang besar-besar..

      Setelah itu anda akan melakukan perniagaan ini

      Siang dan malam…
      Minggu ke minggu..
      Bulan ke bulan..
      Mungkin juga..tahun ke tahun…

      Akhirnya…

      Jika anda ALAMI KEGAGALAN anda akan kecewa…
      Dan mungkin ada juga yang kekecewannya tidak lama..Anda..pun menjalankan perniagaan MLM ini di syarikat yang lain..

      Tetapi..

      Masih sama …
      Masih tidak berjaya…

      Lalu…
      apabila anda di perkenalkan lagi dan lagi..oleh orang lain dalam Perniagaan MLM ini anda sudah tentu anda memberikan pandangan yang berbentuk KEGAGALAN..

      Dan..
      Boleh di katakan RAMAI ORANG akan mengatakan adalah satu pandangan yang mengecewakan.Kalau di tanya mengapa kekecewaan itu terlalu menebal…

      kata mereka..
      …syarikat tidak telus..
      …upline tidak membantu..
      …produk tidak berkesan..
      …Dah jumpa ramai orang tapi mereka tidak yakin..
      …Plan pemasaran tak hebat..
      Dan… pelbagai sebab-sebabnya..

      Persoalan saya mengapa kisah ini sama bagi yang kecewa..dan akan memberi pandangan begini..

      Tetapi..

      TIDAK KEPADA TINDAKAN MEMPERBAIKI DIRI..

      Maksud saya…
      Walaupun KEGAGALAN adalah di sebabkan oleh orang lain..

      Sebenarnya..

      anda yang perlu bertanggung jawab atas KEGAGALAN itu kerana anda yang MEMILIHNYA bukan orang lain..

 Jadikan kegagalan anda di pletform yang lalu atau setiap kegagalan tindakan atau cara anda hari ini tidak sama untuk akan datang atau hari esoknya dengan memperbaikinya..bukan hanya memberi pandangan kekecewaan..

      Ini yang penting!...PASTIKAN CARA & TINDAKAN BERUBAH SETIAP KALI ANDA ALAMI KEGAGALAN..

      Bagaimana caranya..

      Ubah penampilan anda..kemas!
      …rambut anda!
      …misai anda!
      …janggut anda!
      …pakaian anda!
      …kasut anda!
      …tambah aksesoris penampilan seperti jam,cincin..
      …tudung bagi perempuan..
      …telefon bimbit anda!
      …beg anda!
      …pen anda!
      …kertas persembahan anda!

      Ubah cara anda bercakap..
      …yakin!
      …Sungguh-sungguh!
      …tegas

      Ubah cara penyampaian Plan pemasaran..
      ….ringkas
      ….mudah
      ….tunjukkan kejayaan rakan-rakan anda

      Ubah cara penyampaian Produk..
      …tunjukkan contoh produk
      …ikut fakta
      …tunjukkan testimoni

      Ubah pergaulan anda..
      ….jangan ego
      ….jangan malu
      ….sopan santun
      ….jujur
      ….amanah
      ….hormat

      Ubah cara berfikir ..
      ….kreatif
      ….banyak membaca

      Berikan kata-kata membina..
      ….beri pendorong
      ….beri perangsang
      ….beri harapan
      ….beri semangat

      Dan..Akhirnya…BERI KEPERCAYAAN

      Kerana..dengan memberi kepercayaan bahawa syarikat ini dan anda sebagai upline boleh memberi sokongan serta bimbingan berterusan..dengan memberi pendidikan dan pembangunan kepada ahli-ahlinya..

      saya yakin!
      Saya Percaya!
      Anda akan menjadi pemimpin yang berkarisma..

 Jika kita berharap untuk menjadi pemimpin yang memimpin dengan adil, tegas, dan penuh kasih sayang – kita akan memilihkan bagi diri kita hal-hal yang penting untuk kita perhatikan iaitu keperluan setiap downline anda..