Adakah Anda Bersedia

ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA UNTUK BERJAYA khususnya di dalam perniagaan MLM.

Berikut adalah senarai persediaan yang perlu anda tanam di dalam diri anda yang perlu anda harus halusi menggunakan ketajaman minda anda...paling penting! kejayaan perniagaan ini sebenarnya KOMITMENT ANDA BUKAN ORANG LAIN...

1. Bersedia dan mahu belajar segala hal samada yang remeh sekali pun.
 Mahu tidak mahu anda mesti belajar.Dalam perniagaan ini kebiasaannya pengetahuan produk jarang orang meminatinya lebih-lebih lagi kenapa produk itu antaranya :
- produk yang kita pasarkan apa kepentingannya di pasaran.
- siapa sasaran pengguna
- kandungan di dalam produk
- kelebihan setiap ramuan
- fakta yang menjelaskan lagi produk ini memang baik mengikut kajian
- siapa yang melakukan kajian
- testimoni produk sebelum dan selepas menggunakan produk keluaran anda atau pun testimoni dari     network anda

2. Bersedia meluangkan masa dalam perniagaan ini.
Jika anda bekerja pastikan masa anda peruntukkan dalam perniagaan ini sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam sehari.Masa ini bukan hanya untuk anda berjumpa prospek anda tetapi apa saja aktiviti anda dalam menjayakan perniagaan ini.Samada buat kajian tentang produk ,testimoni susulan kepada prospek anda atau pun berjumpa denga upline anda untuk pelajari ilmu perniagaan ini di seminar,BOM atau di taklimat perniagaan.Lebih-lebih lagi kelas-kelas motivasi untuk memantapkan diri keusahawanan anda.

3. Bersedia hadapi semua hal dengan serius.
Anda perlu melakukan apa-apa aktiviti perniagaan ini dengan serius.
 -Penampilan anda sentiasa kemas,percakapan anda fokus kepada apa yang hendak anda sampaikan jika anda berjumpa dengan prospek anda atau anda berjumpa dengan network anda.
- Masa anda dalam membuat perjanjian dengan prospek anda.
 - sebarang maklumat tentang perniagaa ini. Syarikat,plan pemasaran,produk , testimoni dan sebagainya.

Begitulah 3 persediaan anda di dalam perniagaan MLM ini yang ramai orang GAGAL kerana ikut-ikut sahaja atau acuh tak acuh.Dan yang paling menyedihkan ramai yang menjalankan perniagaan ini berpandukan bulat-bulat kepada upline anda.Bila Gagal orang seperti ini akan menyalahkan upline sahaja.

 Semoga anda MERANCANG SETIAP APA TINDAKAN ANDA KERANA ITU ADALAH TINDAKAN OLEH ORANG-ORANG YANG TELAH BERJAYA!