Etika Dan Prinsip Perniagaan MLM



4 P iaitu Prinsip Perniagaan MLM  :

1. Perhubungan Dalam Jaringan Organisasi Atau Di luar Jaringan :
 iaitu dari Upline kepada Downline sebaliknya atau dari organisasi rangkaian yang lain :

a. Pendidikan berterusan dalam latihan kepimpinan , motivasi , bimbingan dan tidak segan silu menawarkan bantuan.
b. Dari Downline kepada Upline : 100% duplikasi yang baik harus di terima pakai selagi ia baik untuk kemajuan diri , sentiasa hormati menghormati dan menghargai pertolongan dari upline.
c. Sideline atau dari rangkaian yang berlainan dari organisasi anda : Perlu membina hubungan yang kukuh dan rapat , saling bermotivasi dan bantu-membantu antara satu sama lain dalam mengembangkan perniagaan khususnya dalam menjalankan program yang di persetujui bersama atau dari syarikat.


 2. Penajaan Dalam Jaringan Organisasi :

a. Jangan berbincang mengenai latar belakang peribadi dan pendidikan yang keterlaluan  , sebaliknya bertukar pengalaman sesama sendiri yang baik dan bermotivasi sepanjang penglibatan dalam perniagaan MLM atau kerjaya anda sekarang.
b. Jangan berbincang mengenai pangkat atau status keahlian anda , sebaliknya berbincanglah mengenai bagaimana cara-cara serta kaedah pengalaman dalam mempertingkatan jualan perniagaan
c.. Jangan berbincang mengenai isu-isu negatif orang lain atau dari organisasi lain , sebaliknya berikan dorongan serta tunjuk ajar yang baik antara satu sama lain.
d. Apabila berhadapan dengan sesuatu isu negatif dalam organisasi atau organisasi yang lain , laporlah kepada upline anda untum mendapat kepastian yang sebenarnya.


3. Prinsip Asas Dalam Pertingkatan Jualan Perniagaan :

a. Jika anda mempunyai idea , kaedah pemasaran atau program yang baru, sentiasalah berbincang dengan Upline anda.
b. Jangan sesekali menyampaikan isu-isu yang negatif kepada Downline anda lebih-lebih lagi yang masih baru dalam dunia perniagaan MLM .
c. Jangan rosakkan hubungan yang baik di antara Upline & Downline dari organisasi yang lain dari anda.
 d. Pinjaman dengan memberi wang atau mendahulukan produk di antara Upline dan Downline adalah tidak digalakkan sama sekali.
e. Jangan terlibat dalam hubungan atau apajua aktiviti yang tidak sihat antara organisasi atau organisasi yang lain .


4. Perkara Isu Sensitif yang PERLU dihindari
a. Kepercayaan agama
b. Isu politik dan berita sensasi
c. Penyebarkan unsur yang negatif berkaitan mengenai orang lain.


Langkah Demi Langkah Dalam Menuju Kejayaan Perniagaan MLM :
Penting untuk di ikuti semua peserta untuk 100% kejayaan.

1. Hadiri Taklimat atau Previu Peluang Perniagaan – Business Opportunity Meeting (B.O.M) :

a. Untuk memahami latar belakang syarikat , pengetahuan produk , pelan pemasaran serta syarat-syarat dan peraturan, anda perlu menghadiri B.O.M sekurang-kurangnya 5 kali untuk anda memahami sepenuhnya dan duplikasikan kepada prospek anda.

2. Mengunakan Produk 100% Akan Mencipta Peluang :

a. Guna dan jadikan amalan kesihatan dari produk syarikat untuk anda merasai kesannya sendiri bukan sahaja dari orang lain agar anda lebih memahami manfaat produk tersebut.
b. Dengan menggunakan sendiri produk , anda bukan sahaja mampu meningkatkan kesihatan malah anda juga boleh berkongsi manfaatnya dengan rakan-rakan dan pelanggan serta keyakinan anda akan meyakinkan 100%  mereka untuk membeli produk tersebut.

3. Pastikan produk berada dalam keadaan tersedia ( stok ) untuk penajaan atau jualan :

a. Mempunyai stok produk yang cukup boleh memastikan agar prospek , rakan-rakan dan pelanggan anda boleh membeli produk tersebut dengan serta-merta kerana siapa pun tidak suka untuk menunggu apabila telah berminat.
b. Minta bantuan penaja ( sponsor ) anda untuk anda membuat pesanan atau pembelian lebihan stok (produk) pada peringkat awal selain untuk kegunaan sendiri.


4. Memiliki alat-alat bantuan dan sokongan perniagaan yang lengkap untuk memudahkan penajaan dan juga jualan .

a  Untuk melaksanakan tugas dengan sempurna, anda disyorkan untuk melengkapkan bukan sahaja penampilan diri sebagai usahawan tetapi juga dengan alat-alat bantuan serta sokongan perniagaan MLM seperti pita perakam , buku nota , kad nama ( business card ) , pita video produk, buku testimoni syarikat , CD , risalah produk .

b.Yang paling Mudah serta Berkesan dalam keperluan perniagaan MLM hari ini kejayaan 100% , anda mempunyai Laptop ( dalamnya presentation syarikat Plan , info berguna syarikat serta testimoni bergambar , video ) dan  Ipad dalam memudahkan melayari internet kerana info syarikat dan perkara berkaitan perniagaan banyak di laman web , blog , facebook syarikat.


 5. Hadiri latihan kelolaan syarikat atau Upline :
a. Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri sesi pengetahuan produk dan latihan sistem perniagaan.
b. Kelas motivasi amat penting selain untuk kekuatan jati diri dapat juga mendalami bagaimana kejayaan orang lain serta kaedah yang sebenar dalam perniagaan.
c. Usaha perlu dibuat untuk menggalakkan prospek , rakan-rakan dan Downline anda bagi menghadiri setiap kelas latihan dan perjumpaan yang dianjurkan.

6. Tampilkan imej kejayaan ( Mencipta diri semula ) :
a. Contoh imej kejayaan anda adalah dari sikap, cara berpakaian, tingkah laku, akhlak , cara percakapan , kreativiti persembahan dan tabiat anda .
b. Anda akan di nilai oleh prospek , pelanggan adakah anda boleh membantu mereka atau tidak dalam menjadi mereka usahawan berjaya atau bertanggung jawab dalam memberi nasihat kesihatan serta perkhidmatan.


7. Senaraikan prospek anda :
sebaiknya ikuti kelas Program keushawana untuk lebih lanjut

a  Setiap orang berpotensi untuk menjadi prospek dan pelanggan anda.
b  Susun senarai penajaan anda seperti berikut: tidak bekerja, tidak puas hati dengan kerja sekarang, cenderung terhadap perniagaan, ingin mencipta kejayaan, mempunyai masalah kewangan, pesara, berpengalaman dalam perniagaan MLM.
c. Senaraikan sekurang-kurangnya 50 prospek baru dan jalinkan hubungan yang rapat dengan mereka.
d. Senarai prospek anda hendaklah dimulai dengan orang yang paling dekat dengan anda.
e. Jangan abaikan prospek anda begitu sahaja.
f. Teruskan mencari rakan-rakan baru dan masukkan mereka dalam senarai prospek anda. 8. Jemputan
g  Dahulukan rakan-rakan yang dekat dengan anda.
f  Jemputlah mereka ke sesi perjumpaan , homeparty untuk menambahkan keyakinan mereka.
g  Buatlah jemputan untuk perjumpaan satu-dengan-satu (one-to-one).
h. Sebelum menjemput prospek, maklumkan kepada upline anda mengenai latar belakang prospek tersebut.
i. Berbincanglah dengan upline anda mengenai teknik-teknik jemputan.
j. Jemputlah prospek dengan ikhlas.
k. Apabila membuat jemputan , jangan sentuh 3 perkara: syarikat, produk dan pelan pemasaran kerana anda tidak atau kurang memahaminya .
l. Jemputlah seorang sahaja pada satu-satu ketika, namun pasangan digalakkan datang bersama-sama.
m. Belajarlah etika melalui perbualan telefon dalam membuat jemputan -  pastikan percakapan anda ringkas.
n. Janji temu anda hendaklah disahkan sekali lagi sebelum berlangsung temujanji
o. Tepati temujanji anda dengan  anda terlebig dahulu hadir dan mereka tidak menunggu kedatangan anda.


9. Tindakan susulan ( follow up ) :
a  Matlamat utama anda adalah untuk mencetuskan minat prospek , pelanggan dalam perniagaan ini di samping membantu mereka memahami manfaat pemasaran rangkaian dengan lebih mendalam.
b. Selepas temu janji  tersebut, anda hedaklah membuat tindakan susulan dalam masa 24 jam.
c. Cara terbaik untuk membuat tindakan susulan adalah dengan berjumpa sendiri dengan mereka.
d. Sediakan alat-alat bantuan perniagaan seperti buku, risalah , info video dan lain-lain untuk mereka supaya anda berpeluang menemui mereka sekali lagi.
e. Sikap positif anda merupakan faktor utama yang meyakinkan prospek untuk membuat keputusan.

10. Pengurusan masa yang tepat :
• Bertanyalah kepada upline atau pemimpin anda yang mahir dalam waktu yang terbaik dalam mengadakan sesuatu program dalam memajukan perniagaan .


Bagaimana anda mencapai MATLAMAT anda dan lakukan setiap hari  :
a. Baca maklumat apa jua berkaitan perniagaan , motivasi di laman web , facebook yang di updated setiap hari oleh syarikat.
b. Anda UPDATED status di laman sosial facebook peribadi anda sebaiknya anda mencipta GROUP facebook , BLOG anda sendiri bagi maklumat pergerakkan perniagaan kumpulan andadan sampaikan maklumat kebaikan produk di laman tersebut.
c. Dengar CD / kaset / Video di laman youtube (motivasi, latihan, dsb.) dalam meningkat pengetahuan dan pengalaman orang lain.
d. Gunakan produk dan mahirkan kebaikan nya.
e. Berjumpa prospek dan sampaikan maklumat kebaikan produk kepada sesiapa sahaja
f. Hadiri sesi latihan dan perjumpaan untuk membuat temujanji homeparty setiap minggu dengan downline atau prospek serta pelanggan anda
g. Sentiasa berhubung dengan Upline anda
h Mempelajari cara persembahan yang kreatif dalam mempersembahkan peluang perniagaan anda dengan penuh keyakinan kepada prospek atau pelanggan anda.

Pasti hebaat !!!

No comments:

Post a Comment